Home Ekonomi Ringgit mungkin hadapi tekanan menurun minggu depan
Ekonomi

Ringgit mungkin hadapi tekanan menurun minggu depan

Ringgit mungkin hadapi tekanan menurun minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan, walaupun ia mungkin menghadapi tekanan menurun berikutan prospek optimis semasa terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini dolar AS nampaknya berada dalam kedudukan yang menggalakkan.

Gabenor Rizab Persekutuan (Fed) AS Christopher Waller menyarankan pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pemotongan kadar berikutan data-data ekonomi terkini yang menyerlahkan kekuatan ekonomi dan pasaran buruh di AS, menurut laporan terkini media.

“Bank Pusat Eropah (ECB) baru-baru ini telah mengurangkan kadar, dan terdapat kemungkinan untuk mengurangkannya lagi pada mesyuarat akan datang, sebahagian besarnya disebabkan oleh ekonomi Eropah yang lembap, khususnya ekonomi Jerman.

“Sementara itu, Jepun tidak mungkin menaikkan kadar faedah dan beberapa negara ASEAN telah pun mula memotong kadar dasar mereka, dengan Thailand adalah yang terbaharu menyertai kitaran pemotongan kadar,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menambah Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan untuk mengecilkan defisit belanjawan kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, yang boleh disifatkan positif oleh agensi-agensi penarafan kredit.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS sepanjang minggu, terjejas oleh dolar AS yang lebih kukuh disokong kadar faedah yang lebih tinggi.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit jatuh berbanding dolar AS kepada 4.3045/3075 daripada 4.2865/2910 pada minggu lalu.

Tetapi ia diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding euro, ditutup kepada 4.6674/6706 daripada 4.6886/6935 dan tinggi sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.8708/8730 daripada 2.8780/8812 ketika ditutup minggu lepas.

Mata wang tempatan itu lemah berbanding pound Britain kepada 5.6109/6148 daripada 5.6016/6075 sebelumnya.

Ringgit juga mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN. Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2817 daripada 3.2824/2861 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.49 berbanding 7.49/7.50 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, ia jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9579/9916 daripada 12.8504/8704 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/278.3 daripada 275.1/275.5 pada minggu lepas. -Livevartha

Related Articles

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’
Ekonomi

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

Pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ MBSB Bank, Asrolhisyam Mohd Alias...

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Ekonomi

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS bilion pada 2025
Ekonomi

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS$50 bilion pada 2025

PETALING JAYA: Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global...

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik
Ekonomi

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

LIEW Chin Tong (tengah) bersama Linda Yip (dua dari kanan) dan Ketua...