Home Ekonomi Ringgit menyusut, pelabur enggan tanggung risiko kesan tarif
Ekonomi

Ringgit menyusut, pelabur enggan tanggung risiko kesan tarif

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.

Perkembangan itu mendorong peniaga dan pelabur untuk mengambil pendirian yang lebih berhati-hati di pasaran.

Susulan itu, pada pukul 8.05 pagi ini, ringgit susut kepada 4.4900/5100 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur meningkat kepada 103.26 mata berikutan permintaan terhadap dolar yang dilihat sebagai aset selamat, terus meningkat.

“Ringgit turun 1.04 peratus berbanding Dolar AS semalam untuk ditutup pada RM4.4835,\” katanya kepada Bernama.

Dari sudut teknikal, katanya, ringgit menuju ke arah kedudukan lebihan jualan dengan paras sokongan dan rintangan masing-masing pada RM4.4463 dan RM4.5293.

“Ringgit juga berkemungkinan terus berada dalam zon kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini susulan kebimbangan terhadap tarif timbal balas AS dan sama ada negara-negara terbabit dapat mencapai persetujuan lebih baik dengan Washington.

“Ketidaktentuan sedemikian akan menjadikan peniaga dan pelabur berhati-hati,\” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0385/0522 daripada 3.0655/0704.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.9044/9263 daripada 4.9100/9172 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7207/7462 daripada 5.7491/7575 semalam.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.9350/13.0080 daripada 12.9128/9408, turun berbanding rupiah Indonesia pada 266.9/268.1 daripada 266.1/266.6 semalam dan rendah berbanding peso Filipina pada 7.81/7.85 daripada 7.79/7.81.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3210/3360 daripada 3.3228/3281 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...