Home Ekonomi Ringgit meningkat susulan dolar AS susut disebabkan bimbang mengenai tarif
Ekonomi

Ringgit meningkat susulan dolar AS susut disebabkan bimbang mengenai tarif

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan mata wang tersebut rendah selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 105.57, turun lebih satu peratus.

“Kebimbangan mengenai tarif yang lebih tinggi boleh menyebabkan ekonomi lembap dan mendorong Rizab Persekutuan untuk mengambil pendirian yang lebih berhati-hati terhadap dasar monetari,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peniaga juga mengambil kira tiga penurunan kadar faedah pada tahun ini.

“Perkembangan mengenai tarif akan menjadi keutamaan dalam jangka masa terdekat berdasarkan situasi yang berubah-ubah, sekali gus mewujudkan peluang dagangan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat ringgit akan terus diniagakan berhati-hati dengan USD/MYR pada sekitar RM4.45 hingga RM4.47.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9675/9759 daripada 2.9956/9989 semalam, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.6884/7038 daripada 5.6789/6846 dan merosot berbanding euro kepada 4.7231/7358 daripada 4.6916/6963 semalam.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3227/3322 daripada 3.3203/3242 semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1963/2453 daripada 13.1853/2057.

Sebaliknya, mata wang tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 270.3/271.2 daripada 271.3/271.8 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.69/7.72 semalam.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...