Home Ekonomi Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat FED tunjuk penurunan faedah
Ekonomi

Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat FED tunjuk penurunan faedah

Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat FED tunjuk penurunan faedah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 November- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.

Pada 6.00 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS rendah berdasarkan minit mesyuarat Fed pada 6 hingga 7 November lepas dengan para pegawai Fed melihat lebih banyak penurunan kadar faedah pada masa depan walaupun secara berperingkat.

Minit mesyuarat itu mendedahkan para pegawai Fed mempertimbangkan perubahan kadar faedah dengan berhati-hati, lebih cenderung kepada pelarasan secara berperingkat untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan risiko kenaikan yang mendadak untuk kadar pengangguran.

“Ringgit meningkat semula selepas situasi tidak menentu disebabkan ancaman tarif oleh bakal Presiden AS Donald Trump semalam.

“Kestabilan ini diperkukuhkan lagi oleh pasaran bon AS yang tenang, meyakinkan pelabur global bahawa kenyataan Trump mengenai tarif kemungkinan merupakan amaran strategik yang ditujukan kepada negara tertentu,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.5962/6044 daripada 5.6021/6071 dan naik berbanding euro kepada 4.6691/6759 daripada 4.6824/6866 semalam.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9311/9356 daripada 2.8952/8980.

Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3055/3106 daripada 3.3066/3098, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8342/8597 daripada 12.8393/8564 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.6/279.1 daripada 279.6/280.0 sebelum ini.

Mata wang tempatan susut berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.57 daripada 7.55/7.56. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...

Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada...

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik
Ekonomi

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik

PETALING JAYA: UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), anak syarikat milik penuh dan...

Ekonomi

Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 12 Mac – Sistem Akaun Negara 2025...