Home Ekonomi Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ekonomi

Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan

Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 November- Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.4650/4825 daripada dolar AS berbanding 4.4765/4820 semasa ditutup pada Isnin.

DXY susut 0.4 peratus dalam tempoh semalaman kepada 106.275 manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun menyusut kepada 4.41 peratus daripada 4.44 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembetulan DXY disumbangkan oleh faktor teknikal, yang menyebabkan ia telah mencapai situasi terlebih beli.

\”Sehubungan itu, ringgit boleh meningkat sedikit hari ini, berkemungkinan menghampiri paras sokongan segera pada RM4.45,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6607/6829 daripada 5.6525/6594 dan rendah berbanding euro kepada 4.7302/7488 daripada 4.7294/7352.

Bagaimanapun, ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8885/9002 daripada 2.8914/8953.

Mata wang tempatan menunjukkan pergerakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ia mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.64 daripada 7.63/7.64 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.8 daripada 282.2/282.7.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3353/3486 daripada 3.3307/3351 dan menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8975/9631 daripada 12.8591/8808 -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...