Home Ekonomi Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan data NFP positif
Ekonomi

Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan data NFP positif

Ringgit tinggi dalam dagangan awal pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat sedikit selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS bagi November dikeluarkan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Ringgit tinggi dalam dagangan awal pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat sedikit selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS bagi November dikeluarkan.

Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.

Data pasaran tenaga kerja AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas menunjukkan NFP naik 227,000 pada November, jauh melebihi anggaran pasaran sebanyak 200,000. Bagaimanapun, kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada November daripada 4.1 peratus selaras dengan jangkaan.

Walaupun sedemikian, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan ini kekal kukuh.

Bagaimanapun, katanya ringgit mungkin terus berhati-hati berikutan permintaan terhadap dolar AS yang dijangka terus menyokong.

“Perkembangan terkini di Syria turut menunjukkan situasi geopolitik kekal tidak menentu,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6237/6397 daripada 5.6352/6416, naik berbanding euro kepada 4.6596/6728 daripada 4.6719/6771, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9430/9516 daripada 2.9329/9364 pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2887/2985 daripada 3.2963/3002 pada Jumaat lepas, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.4 daripada 278.7/279.2, menambah berbanding baht Thailand kepada 12.9501/9998 daripada 12.9576/9784 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.64/7.66 daripada 7.65/7.66.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...