Home Ekonomi Ringgit meningkat berbanding Dolar AS
Ekonomi

Ringgit meningkat berbanding Dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 November– Ringgit terus disokong dengan baik dan mengekalkan momentum menaik, meningkat 0.12 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ditutup pada Rabu.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi itu didorong oleh permintaan berterusan.

“Keadaan terlebih jual yang dialami ringgit dari sudut pandang teknikal mungkin memberi dorongan kepada pelabur untuk beli.

“Susulan ketiadaan data utama di AS minggu ini, sentimen pasaran akan kekal terkawal,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan turun berbanding pound British kepada 5.6620/6690 daripada 5.6449/6506 ketika ditutup semalam, dan susut berbanding euro kepada 4.7178/7236 daripada 4.7150/7198.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8696/8733 daripada 2.9078/9109 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit domestik diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.59 daripada 7.60/7.61 ketika ditutup pada Selasa, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.0 daripada 282.1/282.5.

Ringgit juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3290/3333 daripada 3.3345/3381 semalam dan lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8679/8889 daripada 12.9201/9384.- Livevartha

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...