Home Ekonomi Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3995/4150 berbanding dolar AS daripada 4.4050/4095 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada RM4.4073 berbanding dolar AS pada Khamis sejajar dengan DXY yang rendah.

“Berdasarkan kemerosotan semasa dolar AS, pasangan dolar AS-ringgit dijangka kekal berada pada paras RM4.40,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata data terkini tuntutan awal pengangguran di AS berkurangan kepada 215,000 minggu lepas, menunjukkan daya tahan relatif dalam pasaran tenaga kerja AS walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0893/1019 daripada 3.0849/0883 pada Khamis, merosot berbanding pound kepada 5.8368/8574 daripada 5.8331/8391, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 5.0027/0203 daripada 5.0102/0154.

Mata wang tempatan mencatatkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3548/3705 daripada 3.3562/3601 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1651/2491 daripada 13.2211/2417.

Ringgit naik berbanding rupiah Indonesia kepada 261.3/262.4 daripada 261.6/262.0 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.76/7.80 daripada 7.77/7.79 sebelum ini.-Livevartha

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...