Home Ekonomi Ringgit Diunjur Kekal Prestasi Terbaik Di Rantau Ini – Standard Chartered Bank
Ekonomi

Ringgit Diunjur Kekal Prestasi Terbaik Di Rantau Ini – Standard Chartered Bank

Ringgit Diunjur Kekal Prestasi Terbaik Di Rantau Ini – Standard Chartered Bank

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Livevartha) — Standard Chartered Bank Research mengekalkan unjurannyabahawa ringgit kekal mencatatprestasi terbaik di rantau ini berikutan ia satu-satunya mata wang Asia yang meningkat berbanding dolar AS, setakat ini pada tahun ini.

Dalam laporan penyelidikan “Malaysia-Outperformer,”bahagian penyelidikannya berpandangan,libat uruspihak berkuasa dengan organisasi berkaitan untukmenggalakkan penghantaran balik ke negeri asal di sampingmenukar dan melindung nilai hasil mata wang asing mereka, telah mendorongkepada prestasi terbaik ini.

Selain itu, katanya asas pendasar turutpositif kepada ringgit, antaranya peganganasing yang rendah di Malaysia, perbezaan dasar monetari yang dijangka meningkat bagi bank pusat Malaysia berbandingpenurunan di rantau ini sertapelancongan yang terus pulih.

"Selain itu, kami menyaksikan ringgit telah pulih dengan ketara dalam tempoh singkat dan potensi pembinaan semula rizab mungkin memperlahankan kenaikan selanjutnya secara relatif," katanya.

Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya Amerika Syarikatmungkinmewujudkan sedikit risiko kepada mata wang tempatan, terutamatindakan tarif yang tegaskepada China.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...