Home Ekonomi Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu depan
Ekonomi

Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu depan

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 26 April – Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board di AS yang akan dikeluarkan bagi April dijangka memaparkan penurunan kepada 88.5 mata, susut daripada 92.9 pada Mac seperti yang diunjurkan oleh penganalisis.

Ini disusuli dengan Indeks Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang diunjur menyusut kepada 47.9 mata pada April.

Selain itu, laporan senarai gaji bukan ladang dan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS akan turut dipantau rapi, katanya.

\”Minggu ini banyak data penting dikeluarkan, dan pasaran akan mencari petunjuk sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin mengurangkan Kadar Dana Persekutuan dalam masa terdekat.

“Kami kekal positif mengenai ringgit memandangkan prospek penurunan kadar faedah AS semakin mendapat momentum,” katanya kepada Bernama.

Ringgit mengakhiri minggu ini pada 4.3705/3770 berbanding dolar AS, meningkat daripada 4.4100/4175 pada minggu sebelumnya.

Ringgit turut mengukuh berbanding euro kepada 4.9596/9670 daripada 5.0133/0218 minggu lepas, naik berbanding yen Jepun kepada 3.0431/0481 daripada 3.0971/1028 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8128/8214 daripada 5.8516/8616.

Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/260.2 daripada 261.2/261.8, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3228/3280 daripada 3.3603/3667, dan menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0195/0450 daripada 13.1599/1902.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.78 daripada 7.77/7.79 pada Jumaat sebelum ini.-Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...