Home Ekonomi Ringgit ditutup rendah dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS
Ekonomi

Ringgit ditutup rendah dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS

Ringgit ditutup rendah dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah dan jangkaan berterusan terhadap pengurangan lebih kecil bagi kadar faedah AS.

Pada pukul 6.00 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.3080/3120 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 ketika ditutup semalam.

Gabenor Rizab Persekutuan AS (Fed) Christopher Waller telah menyarankan supaya pendekatan lebih berhati-hati terhadap pengurangan kadar faedah, menunjukkan data ekonomi terkini yang menyerlahkan kekukuhan ekonomi dan pasaran tenaga kerja AS, menurut laporan terkini.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata keadaan itu telah meningkatkan permintaan terhadap dolar AS, dan memberi lebih tekanan ke atas ringgit.

“Selain itu, penyusutan renminbi China juga menyumbang kepada penurunan ringgit. Perkembangan dasar fiskal yang mengecewakan dari China pada hujung minggu menjadikan pasaran lemah dan menjejaskan mata wang negara serantau.

“Harga minyak mentahjuga susut apabila dipengaruhi oleh penurunan OPEC dari segi prospek permintaan dan berkemungkinan berkait dengan kelembapan ekonomi China, semakin memburukkan sentimen lemah terhadap ringgit,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik turun berbanding euro kepada 4.7013/7057 daripada 4.6935/6989 semalam, dan rendah berbanding pound British kepada 5.6357/6410 daripada 5.6056/6121.

Ringgit juga susut berbanding yen Jepun kepada 2.8928/8957 daripada 2.8743/8778 pada Isnin.

Mata wang tempatan turut mencatatkan prestasi campur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9121/9303 daripada 12.9310/9538 semalam, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.46 daripada 7.47/7.49.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2928/2961 daripada 3.2868/2909 ketika ditutup pada Isnin, dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 276.3/276.7 daripada 275.8/276.3. -Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....