Home Ekonomi Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding Dolar AS menjelang pelantikan Trump
Ekonomi

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding Dolar AS menjelang pelantikan Trump

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Januari– Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan Presiden AS Donald Trump hari ini, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.4910/4960 daripada 4.5040/5085 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata selepas pelantikan tersebut, para peniaga dan pelabur akan memantau dengan teliti perintah eksekutif (EO) yang lazimnya diumumkan oleh presiden yang baru dipilih.

\”Sudah pasti, isu-isu seperti tarif import dan pengusiran besar-besaran pendatang haram akan dipantau dengan teliti.

\”Secara ringkasnya, komuniti kewangan amat menantikan dasar ekonomi dan luar negara Trump 2.0 yang akan memberi impak besar terhadap ekonomi global dan turun naik pasaran kewangan,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata prestasi ringgit turut disokong oleh perdagangan Malaysia yang mencatatkan rekod tertinggi RM2.88 trilion pada 2024, meningkat 9.2 peratus tahun ke tahun, menandakan tahun keempat berturut-turut melebihi paras RM2 trilion.

Pada 2024, eksport naik 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion manakala import berkembang 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.371 trilion.

Pada penutupan dagangan, ringgit lebih mengukuh berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit bertambah berbanding euro kepada 4.6307/6358 daripada 4.6382/6429 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding pound British kepada 5.4723/4784 daripada 5.4953/5008 dan menokok sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.8741/8774 daripada 2.8918/8949 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 274.3/274.8 daripada 274.9/275.3 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/2938 daripada 3.2948/2983 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.68 daripada 7.68/7.69 sebelumnya.

Namun, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0948/1155 daripada 13.0664/0856 pada Jumaat lepas.- Livevartha

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...