Home Ekonomi Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.

Mata wang itu menokok meskipun risiko geopolitik yang meningkat di Asia Barat dan menjelang data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan pada lewat malam ini yang boleh menentukan hala tuju kadar faedah AS.

Pada 6.00 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2155/2240 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2250 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konflik di Asia Barat kekal sebagai faktor risiko utama di pasaran dengan harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$78.3 setong.

“Selain itu, pasaran sedang menunggu data NFP AS dikeluarkan lewat malam ini, yang dijangka mencatat 147,000 pekerjaan pada September daripada 142,000 pada bulan sebelumnya. Data pekerjaan yang kukuh bererti Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin melaksanakan pendekatan terukur untuk pelonggaran monetari,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama, kecuali berbanding euro apabila meningkat kepada 4.6484/6578 daripada 4.6555/6627 semalam.

Ia lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8779/8839 daripada 2.8711/8757 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.5505/5617 daripada 5.5330/5415.

Mata wang tempatan mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2489/2557 daripada 3.2523/2575 semasa ditutup semalam dan berbanding rupiah Indonesia kepada 272.1/272.9 daripada 273.4/273.9.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.7549/7861 daripada 12.7270/7520 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.48/7.50 semasa ditutup semalam. – Livevartha

Related Articles

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua
Ekonomi

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua

CHRISTOPHER CHUAH HOON PHONGPETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB), satu daripada...

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia
Ekonomi

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia

ROA Abdullah (kanan) bersama Pengasas dan Pengarah PT OSA, Ong Siow Aik...

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu
Ekonomi

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu

CHRISTOPHER Ng Kok Wai (kiri) dan Leo On Chin Liang ketika pelancaran...

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek
Ekonomi

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek

AMINUDDIN Harun (lima dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe...