Home Ekonomi Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.41-4.442 minggu depan
Ekonomi

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.41-4.442 minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 5 April– Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan pasaran yang tidak menentu akibat kejutan daripada tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka berterusan, mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan defensif.

“Saya berpandangan peserta pasaran akan mencari lebih banyak petunjuk seperti sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengurangkan dasar monetari melebihi penurunan setengah mata seperti yang dinyatakan dalam unjuran Mac mereka.

\”Justeru itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Mac akan dipantau rapat pada Khamis ini. Ketika ini paras sokongan dan rintangan semasa berada pada 4.3634 dan 4.4463 bagi ringgit-dolar AS,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pengarah urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes menjangkakan ringgit bergerak antara jajaran 4.42 hingga 4.45 berbanding dolar AS minggu depan.

Beliau berkata tekanan deflasi China akan menjadi perhatian dengan tumpuan kepada pengumuman IHP dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) tidak lama lagi.

“Jika angka itu mengesahkan permintaan domestik yang lembap, ia boleh menjejaskan sentimen risiko serantau dan menular kepada ringgit.

\”Saya juga akan memantau rapat perkembangan Bank of Japan yang dijangka bertahan. Tetapi jika ia memberi reaksi negatif kepada tinjauan global, kesannya boleh menular ke seluruh Asia.

\”Pasaran akan melihatnya sebagai bayangan penurunan kadar faedah serantau yang seterusnya memberi tekanan kepada mata wang tempatan,” kata Innes.

Mengenai ringgit, beliau berkata sekiranya Malaysia boleh mendapatkan beberapa konsesi perdagangan, ia boleh menstabilkan sentimen dengan cepat.

Bagi minggu dagangan singkat yang baru berakhir ini, unit tempatan ditutup rendah sedikit kepada 4.4335/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4355 pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.0294/0340 daripada 2.9438/9456 pada minggu lepas, turun berbanding euro kepada 4.8706/8778 daripada 4.7761/7788 dan jatuh berbanding pound British kepada 5.7591/7674076.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3153/3204 daripada 3.3040/3061 pada minggu lepas, turun berbanding peso Filipina kepada 7.80/7.782 daripada 7.72/7.73, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9589/9847 daripada 13.0390/0533 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 266.2/266.7 daripada 267.7/267.9.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.- Livevartha

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...