Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati menjelang mesyuarat rizab Persekutuan AS
Ekonomi

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati menjelang mesyuarat rizab Persekutuan AS

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 25 Januari – Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 28-29 Januari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan ramai atau konsensus bagaimanapun mengujurkan Kadar Dana Persekutuan AS tidak akan akan berubah.

Selain daripada itu, pasaran akan turut memantau data penggunaan peribadi AS (PCE) bagi Disember 2024.

“Bagi saya, ada kemungkinan keadaan lebih reda berikutan (pendirian) Presiden Donald Trump yang kelihatan tidak terlalu ‘keras’ dalam mengutamakan kadar faedah lebih tinggi pada masa ini. Hakikat beliau cenderung kepada penurunan kadar faedah membuktikan kurangnya pertikaian antara Rumah Putih dan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) yang akan memudahkan lagi tugas bank pusat itu.

“Berikutan itu, kami menjangkakan ringgit berpotensi kekal dalam lingkungan julat RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan,\” katanya kepada Bernama.

Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mencecah paras tertinggi berbanding dolar AS dalam tempoh hampir tiga bulan selepas Trump melontarkan nada lebih ‘lembut’ bagi isu tarif China selain memberi isyarat mahukan kadar faedah lebih rendah.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.3750/3800 daripada 4.5040/5085 seminggu lepas.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4373/4435 daripada 5.4953/5008 minggu sebelumnya, naik berbanding yen Jepun kepada 2.8115/8149 daripada 2.8918/8949 manakala berbanding euro pada 4.5911/5964 daripada 4.6382/6429 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0015/0241 daripada 13.0664/0856 pada Jumaat sebelumnya, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2482/2522 daripada 3.2948/2983, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/270.9 daripada 274.9/275.3 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.51 daripada 7.68/7.69.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...