Home Ekonomi Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati menjelang Mesyuarat FOMC, MPC minggu depan
Ekonomi

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati menjelang Mesyuarat FOMC, MPC minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Mei– Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu hadapan apabila para pelabur memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari dalam negara dan dari Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata semua pihak akan memberi tumpuan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM), yang kedua-duanya dijadualkan berlangsung minggu hadapan, bagi menilai sentimen pasaran dalam keadaan ketidaktentuan yang berterusan.

“Kami merasakan Rizab Persekutuan AS mungkin cenderung untuk mengurangkan kadar dasarnya memandangkan ketidaktentuan akibat kejutan tarif telah memberikan tekanan besar kepada sentimen perniagaan dan pengguna.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal berhati-hati kerana peniaga dan pelabur akan menilai kemungkinan tindak balas dasar daripada pihak berkuasa monetari pada minggu hadapan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat 4.30-4.35 berbanding dolar AS pada minggu hadapan, dengan pasaran kekal berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan dinamik tarif yang berubah.

“Rundingan perdagangan khususnya antara AS dan China, akan terus menjadi faktor utama yang mempengaruhi dolar AS. Di dalam negara, BNM dijangka mengekalkan pendiriannya, namun sebarang semakan penurunan terhadap prospek pertumbuhan Malaysia mungkin akan menarik perhatian,” katanya.

Bank pelaburan itu turut menyatakan hasil positif daripada sidang khas Parlimen pada 5 Mei juga berpotensi memberikan sokongan tambahan kepada mata wang tempatan.

Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan lebih kukuh berbanding dolar AS, ditutup kepada 4.2560/2600 daripada 4.3705/3770 pada minggu sebelumnya.

Ringgit juga mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.8297/8342 daripada 4.9596/9670 minggu lalu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9437/9467 daripada 3.0431/0481 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.6639/6692 daripada 5.8128/8214.

Mata wang tempatan itu turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/259.3 daripada 259.6/260.2 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2862/2898 daripada 3.3228/3280.

Ia juga meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8697/8903 daripada 13.0195/0450 pada minggu sebelumnya dan bertambah berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.77/7.78 pada Jumaat sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....