Saturday , 7 December 2024
Home Ekonomi Ringgit dijangka capai RM4.0 berbanding dolar menjelang akhir tahun
Ekonomi

Ringgit dijangka capai RM4.0 berbanding dolar menjelang akhir tahun

Ringgit dijangka capai RM4.0 berbanding dolar menjelang akhir tahun

PETALING JAYA: Ringgit dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan dan berpotensi mencapai sehingga RM4.0 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, kata penganalisis.

Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata, jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS bakal menurunkan kadar faedah seawal bulan September ini dapat dilihat apabila nilai mata wang dolar AS mulai menurun.

Katanya, ini ditunjukkan oleh index dolar AS (DXY) yang mengukur kekuatannya telah menurun 3.46 peratus dari lebih 104.5 mata dalam masa satu bulan kepada 100.7 mata pada masa ini.

“Berikutan kelemahan dollar AS maka nilai ringgit seiring dgn mata wang dunia yang lain turut mengukuh berbanding dgn dollar AS.

“Bagi September 2024, ringgit diunjurkan hampir kembali kepada aras RM4.20 ke RM4.30 berbanding dolar AS iaitu paras pada 16 Mac 2022 sewaktu Fed memulakan kenaikan kadar faedah dari 0 peratus kepada kadar semasa.

“Selain dari faktor luar, ringgit juga akan terus mengukuh mungkin mencapai RM4.0 ke RM4.10 pada akhir tahun 2024, berikutan pelbagai faktOr positif dalam ekonomi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada Isnin, ringgit dibuka lebih kukuh pada 4.35 berbanding dolar AS, mencecah paras tertinggi hampir 28 bulan.

Aimi Zulhazmi berkata, pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober nanti bakal memberikan lebih dorongan kepada ekonomi domestik, seperti reformasi fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit belanjawan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jelasnya, ini bakal menyokong mata wang ringgit untuk terus mengukuh.

Dalam pada itu, Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, jika kadar faedah AS turun pada bulan September, ringgit akan lebih mengukuh menghampiri RM4.30.

“Masih terlalu awal untuk meramalkan pengukuhan ringgit bawah RM4 pada akhir tahun ini tetapi bulan September bakal memberi gambaran awal prestasi ringgit akhir tahun ini,” ujarnya.

Sementara itu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dalam ulasan ekonomi bulanan bagi Julai 2024 menjangkakan ringgit akan mendapat manfaat bukan sahaja daripada perubahan dalam dasar monetari AS, tetapi juga faktor positif domestik.

Katanya, ini seperti reformasi fiskal yang bertujuan untuk mengurangkan defisit bajet dan pertumbuhan KDNK yang kukuh dijangka mencapai 5.0 peratus pada 2024, boleh menyokong mata wang tempatan.

Tambahnya, turut menyokong adalah pelaburan langsung asing yang kukuh, penghantaran pulang dana daripada syarikat berkaitan kerajaan dan lebihan akaun semasa yang mampan didorong eksport yang kukuh dalam elektronik, pelancongan dan perkhidmatan, seterusnya mengukuhkan prospek ringgit.

“Pelaburan asing ke dalam pasaran ekuiti dan bon Malaysia juga adalah satu lagi faktor positif untuk mata wang tempatan.

“Menjelang akhir 2024, ringgit boleh meningkat kepada RM4.20 hingga RM4.25 berbanding RM4.59 pada akhir tahun 2023,” tambahnya. – UTUSAN

Related Articles

Capex korporat Malaysia naik 15.3%, tingkat keyakinan pelabur
Ekonomi

Capex korporat Malaysia naik 15.3%, tingkat keyakinan pelabur

EKONOMI Malaysia yang semakin berkembang secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pelabur terhadap...

Bitcoin pecah rekod tertinggi, lepasi AS0,000
Ekonomi

Bitcoin pecah rekod tertinggi, lepasi AS$100,000

PETALING JAYA: Bitcoin, aset ketujuh terbesar di dunia telah berjaya menembus nilai...

Malaysia imbangi pemotongan subsidi, kestabilan pasaran
Ekonomi

Malaysia imbangi pemotongan subsidi, kestabilan pasaran

RAY CHOYPETALING JAYA: Malaysia sedang memulakan langkah penting ke arah ketahanan ekonomi...

Belian saat akhir pacu Bursa Malaysia akhiri dagangan dalam zon positif
Ekonomi

Belian saat akhir pacu Bursa Malaysia akhiri dagangan dalam zon positif

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 5 Disember – Aktiviti belian pada saat-saat akhir,...