Home Ekonomi Ringgit dijangka bertahan berbanding dolar AS minggu hadapan
Ekonomi

Ringgit dijangka bertahan berbanding dolar AS minggu hadapan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Mac– Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43 hingga 4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu hadapan ekoran sentimen pelabur yang berhati-hati.

Ini sekali gus mengukuhkan permintaan terhadap dolar sebagai mata wang pelaburan selamat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata arah aliran seterusnya dalam pasaran mata wang bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang bakal diadakan pada 18 hingga 19 Mac ini.

Meskipun, rata-rata ahli ekonomi mengunjurkan tiada perubahan pada Kadar Faedah Persekutuan Amerika Syarikat, unjuran suku tahunan kakitangan Rizab Persekutuan akan dipantau dengan teliti oleh para peniaga dan pelabur.

Ujarnya, unjuran itu amat penting terutamanya apabila kebanyakan bank pelaburan utama menjangkakan mengenai kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat.

Selain itu, kedua-dua Bank of Japan dan Sveriges Riksbank, Sweden dijangka mengadakan mesyuarat dasar monetari mereka minggu hadapan.

Kedua-dua bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar dasar mereka, masing-masing pada 0.50 peratus dan 2.25 peratus.

Related Articles

Ekonomi

Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan

Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy langkah wajar – Penganalisis

Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan...

Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy pelaburan strategik

Sapura EnergyKUALA LUMPUR, 15 Mac – Suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada...