Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Januari– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dan mata wang utama lain berikutan pengumuman Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.

BNM mengekalkan OPR pada 3.0 peratus pada mesyuarat yang diadakan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pendirian dasar monetari itu menyokong ke arah pertumbuhan negara.

“Berdasarkan kenyataan BNM, nampaknya bank pusat tidak tergesa-gesa membuat sebarang pelarasan terhadap OPR berbanding bank pusat lain di rantau Asia di mana pelonggaran monetari telah pun bermula,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga menyatakan bahawa kadar inflasi Malaysia terus menurun kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 daripada paras tertinggi 2.0 peratus pada Julai 2024, menunjukkan dasar monetari berkesan dalam membendung inflasi negara.

Sehubungan itu, beliau menjangka BNM berkemungkinan mengekalkan OPR pada sepanjang 2025 dan ia dijangka mengukuhkan nilai ringgit.

“Oleh itu, ringgit diunjurkan kekal disokong dengan baik dalam tempoh terdekat, beberapa aktiviti pengambilan untung akan berlaku berikutan peningkatan mendadak ringgit berbanding dolar US sejak 13 Januari, 2025 di mana ringgit meningkat sebanyak 1.7 peratus,” katanya.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) naik kepada 108.219 mata daripada 108.062 mata sebelum ini kerana pasaran terus memberi tumpuan kepada pengumuman dasar oleh Presiden AS Donald Trump.

“Yang terbaharu ialah pengumuman Project Stargate, projek diterajui sektor swasta yang memfokuskan pada pelaburan dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI).

\”Saham berkaitan teknologi seperti diwakili oleh Nasdaq melonjak 1.3 peratus malam tadi kepada 20,009.3 mata manakala Perbendaharaan AS 10 tahun menghasilkan tiga mata asas lebih tinggi kepada 4.60 peratus,\” katanya.

Dalam dagangan awal, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6144/6316 daripada 4.6313/6376 ketika ditutup pada Rabu, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4590/4793 daripada 5.4822/4896 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8336/8445 daripada 2.8480/8522.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.0689/1249 daripada 13.1106/1345 dan menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2710/2836 daripada 3.2781/2828.

Bagaimanapun, unit tempatan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 272.3/273.4 berbanding 272.3/272.8 sebelumnya, ia turut tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.61 daripada 7.58/7.59 ketika ditutup pada Rabu.- Livevartha

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...