Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi, meski dolar AS mengukuh
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi, meski dolar AS mengukuh

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 Disember– Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun dolar AS dilihat sebagai mata wang selamat kekal kukuh dalam persekitaran sentimen mengelak risiko di pasaran.

Pada pukul 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Dolar AS dan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi selepas Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menetapi jangkaan sebelum ini.

Beliau berkata IHP AS November berada pada 2.7 peratus, lebih tinggi daripada 2.6 peratus bulan sebelumnya, sebaliknya IHP Teras kekal pada 3.3 peratus selama tiga bulan berturut-turut daripada 3.2 peratus pada bulan Ogos, menunjukkan kadar inflasi kekal tiggi.

“Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menaikkan kadar faedah pada 2025. Mereka akan terus menurunkan kadar faedah kerana pendirian dasar monetari ketika ini masih berada dalam zon terhad.

“Bagaimanapun, mereka mungkin akan menurunkan Kadar Dana Fed (FFR) kerana risiko kenaikan inflasi jelas kelihatan dengan dasar Trump 2.0 mengenai tarif. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6498/6632 daripada 5.6389/6459, turun berbanding yen Jepun kepada 2.9083/9154 daripada 2.9013/9051 bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.6493/6604 daripada 4.6515/6573 ketika ditutup pada Rabu.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2951/3032 daripada 3.2937/2980 ketika ditutup pada Rabu, rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0817/1224 daripada 13.0640/0875 sebelum ini.

Ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.59/7.61, bagaimanapun meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.9/278.7 daripada 278.2/278.7 sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....