Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi, menjelang mesyuarat FOMC
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi, menjelang mesyuarat FOMC

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Januari– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari, bermula hari ini dan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar US daripada 4.3760/3825 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan mesyuarat FOMC akan diketahui pada hari Khamis sama ada Kadar Dana Fed akan dikekalkan pada 4.50 peratus.

Beliau berkata pelabur memberi tumpuan kebanyakannya kepada bagaimana ahli FOMC melihat prospek inflasi yang tinggi berikutan potensi kenaikan tarif import.

\”Menjelang mesyuarat dua hari FOMC yang akan bermula hari ini dan minggu dagangan singkat disebabkan cuti umum, kami menjangkakan ringgit akan mengekalkan julat antara RM4.37 hingga RM4.38,\” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam hasil Perbendaharaan AS 10 tahun lebih rendah sebanyak 10 mata asas kepada 4.53 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) jatuh sebanyak 0.09 peratus kepada 107.341 mata.

“Nampaknya pasaran berhati-hati terhadap pasaran ekuiti khususnya sektor berkaitan teknologi jatuh dengan ketara, didorong oleh kebimbangan terhadap penilaian tinggi dan kemunculan pilihan alternatif kecerdasan buatan (AI) yang lebih murah dari China,” katanya.

Sementara itu, ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8249/8289 daripada 2.8313/8357 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.5693/5750 daripada 4.5900/5968 dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4508/4577 daripada 5.4643/4724.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.9045/9302 daripada 12.9840/13.0110 pada Isnin, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2424/2470 daripada 3.2518/2569 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/270.9 berbanding 270.6/271.0.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.50.- Livevartha

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...