Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi berikutan ketidaktentuan dasar ekonomi AS
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berikutan ketidaktentuan dasar ekonomi AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, susulan peralihan dasar ekonomi AS yang cepat di bawah pentadbiran Donald Trump mewujudkan ketidaktentuan dalam komuniti perniagaan, yang berpotensi melemahkan permintaan.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4200/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4340 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.2 peratus kepada 104.335 mata walaupun keadaan ekonomi di AS memberangsangkan.

“Ketidaktentuan dasar yang meningkat telah mengurangkan kebolehlihatan pihak berkuasa monetari AS untuk bertindak balas,” katanya kepada Bernama.

Belia berkata tindakan mengekalkan pendirian dasar monetari yang sederhana ketat masih merupakan langkah paling selamat untuk membendung risiko inflasi.

Mohd Afzanizam berkata pengumuman Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai mekanisme untuk rasionalisasi subsidi bahan api RON95 menggunakan MyKad pada separuh kedua tahun ini memberi petanda baik kepada ringgit.

“Ini sewajarnya positif untuk ringgit dalam jangka masa sederhana dan panjang kerana menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan fiskal.

“Ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.42 hingga RM4.43 hari ini, dengan indikator teknikal menunjukkan zon neutral bagi pasangan dolarAS-ringgit,” katanya.

Dalam awal dagangan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9297/9433 daripada 2.9351/9380 ketika ditutup semalam namun, rendah berbanding euro kepada 4.7727/7943 daripada 4.7720/7763.

Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.7239/7498 daripada 5.7236/7287.

Ringgit juga diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik lebih stabil berbanding baht Thailand kepada 13.0615/1318 daripada 13.0678/0854 ketika ditutup pada Khamis, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3152 daripada 3.3060/3094.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.73 daripada 7.67/7.68 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 266.8/268.1 daripada 267.4/267.8.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...