Home Ekonomi ​​​​​​​Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar merosot
Ekonomi

​​​​​​​Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar merosot

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5080/5145 berbanding dolar AS daripada 4.5090/5135 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pergerakan itu disebabkan data akhir Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan AS, yang mencatatkan 56.8 pada Disember 2024 di bawah unjuran 58.5 dan bacaan pada November sebanyak 58.5.

Katanya DXY turut terjejas oleh laporan yang mencadangkan kemungkinan pengurangan skop tarif era Trump, yang dinafikan segera oleh bakal Presiden AS Donald Trump.

“Ini jelas menunjukkan bahawa dalam masa terdekat, sentimen pasaran tertumpu kepada dasar pentadbiran Trump yang akan datang dan potensi impaknya terhadap inflasi, yang akhirnya akan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai penurunan kadar faedah pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata kenyataan oleh Gabenor Fed Lisa Cook semalam menggesa kepada pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah seterusnya.

Oleh itu, katanya dolar AS dijangka kekal kukuh, membawa implikasi ringgit yang terus lemah.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah, kecuali berbanding yen Jepun. Ia meningkat kepada 2.8577/8622 daripada 2.8583/8614 semalam.

Mata wang tempatan rendah berbanding pound kepada 5.6395/6476 daripada 5.6250/6306 dan merosot berbanding euro kepada 4.6259/6424 daripada 4.6288/6345.

Sementara itu, ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik kepada 13.0116/0413 berbanding baht Thailand daripada 13.0194/0308 dan tinggi kepada 278.2/278.8 berbanding rupiah Indonesia daripada 278.3/278.7.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3052/3105 daripada 3.2989/3025 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.75. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...