Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan prospek ekonomi AS lemah
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan prospek ekonomi AS lemah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 April- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini susulan Indeks dolar Amerika Syarikat (AS) merosot disebabkan prospek ekonomi AS lemah dan dalam persekitaran ketidaktentuan mengenai tarif timbal balik yang dijadualkan diumumkan oleh AS lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Pada 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4300/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4355 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Pasaran Malaysia ditutup ditutup pada 31 Mac dan 1 April sempena cuti umum Aidilfitri.

Rumah Putih telah mengesahkan bahawa Presiden AS Donald Trump akan mengenakan tarif baharu hari ini, bagaimanapun tiada maklumat lengkap diberikan mengenai saiz dan skop tarif timbal balik tersebut.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi AS yang lemah baru-baru ini telah menyebabkan dolar US merosot.

Indeks Pembuatan ISM AS jatuh di bawah 50 mata kepada 49.0 mata pada bulan Mac, selain itu, bilangan pembukaan pekerjaan di sana merosot kepada 7.568 juta pada Februari daripada 7.762 juta pada Januari.

“Jelas sekali, ekonomi AS semakin lemah apabila perniagaan menyesuaikan diri mereka terhadap kenaikan tarif import yang boleh membawa kepada kos menjalankan perniagaan lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berpendapat bahawa USD/MYR dijangka diniagakan antara RM4.43 dan RM4.44 kerana peniaga dan pelabur sudah bersedia untuk persekitaran tidak menentu dalam pasaran mata wang.

Ringgit diniagakan rendah berbanding matawa wang utama lain.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9585/9653 daripada 2.9438/9456 dan menguncup berbanding euro kepada 4.7822/7930 daripada 4.7761/7788, bagaimanapun melonjak berbanding pound Britain kepada 5.7240/7369 daripada 5.7407/7440 pada Jumaat.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.9521/9908 daripada 13.0390/0533, meningkat berbanding dolar SIngapura kepada 3.2956/3036 daripada 3.3040/3061 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 265.2/266.0 daripada 267.7/267.9.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.76 daripada 7.72/7.73 sebelumnya. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...