Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 April– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis namun, dagangan kekal dalam julat kecil apabila peniaga terus memantau ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat 0.20 peratus kepada 4.3960/4080 berbanding dolar AS daripada 4.4085/4135 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.83 peratus kepada 99.380 mata.

Beliau berkata penurunan DXY berlaku selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell mengakui wujudnya ketidaktentuan ketara berkaitan dasar tarif AS.

Powell juga mengingatkan bahawa perubahan dasar yang berterusan boleh mengancam dua mandat Fed iaitu untuk memastikan kestabilan harga dan guna tenaga penuh, katanya.

Beliau berkata niaga hadapan ekuiti AS mengalami penurunan, menunjukkan kekecewaan pasaran terhadap petunjuk bahawa Fed mungkin mengambil pendekatan berhati-hati serta tunggu dan lihat, bercanggah dengan jangkaan pasaran untuk penurunan kadar faedah yang lebih tegas.

“Semalam, ringgit meningkat 0.34 peratus berbanding dolar AS kepada 4.4110. Memandangkan DXY yang lebih lemah, dagangan dolar AS-ringgit boleh mencecah lingkungan 4.4000 hingga 4.4100 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding euro kepada 5.0088/0225 daripada 5.0072/0129 ketika ditutup semalam, dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0947/1036 daripada 3.0861/0898.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.8159/8318 daripada 5.8488/8554.

Pada masa sama, mata wang tempatan didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik naik berbanding rupiah Indonesia kepada 261.0/261.9 daripada 261.8/262.2, dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.77 daripada 7.76/7.78 ketika ditutup semalam.

Ringgit lebih stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.3527/3623 daripada 3.3537/3578.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.2810/3297 daripada 13.2547/2773.- Livevartha

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....