Home Ekonomi Ringgit dibuka rendah, punca ketidaktentuan pasaran
Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, punca ketidaktentuan pasaran

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pada pukul 8.09 pagi, ringgit susut kepada 4.4485/4765 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4400 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang dijangka terus tidak menentu dengan sentimen lemah susulan pengumuman tarif oleh pentadbiran Trump minggu lepas.

Katanya S&P 500 dan niaga hadapan Nasdaq, masing-masing merosot 4.57 peratus dan 5.33 peratus pada Jumaat lepas, menunjukkan pelabur kurang keyakinan terhadap aset yang mempunyai risiko.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berikutan permintaan untuk mata wang selamat seperti dolar AS dijangka terus mendominasi dagangan.

“Pasaran mata wang berhati-hati terhadap risiko kemelesetan yang berkaitan di AS berikutan tarif akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan akan menyebabkan penurunan yang ketara dalam permintaan di AS,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, katanya Rizab Persekutuan (Fed) AS kekal tenang.

Beliau berkata niaga hadapan kadar faedah AS menunjukkan kebarangkalian lebih 100 peratus penurunan Kadar Dana Fed pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada Jun dan Julai.

Kadar penanda aras boleh mencecah 3.50 peratus daripada paras semasa 4.25 peratus hingga 4.50 peratus, menunjukkan penurunan 100 mata asas.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0582/0779 daripada 3.0294/0340 dan rendah berbanding euro kepada 4.8773/9080 daripada 4.8706/8778, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.7399/7760 daripada 5.7591/7676 pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8376/9274 daripada 12.9589/9847 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3035/3248 daripada 3.3153/3204 sebelum ini.

Ia merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 267.1/268.9 daripada 266.2/266.7 dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.82/7.88 daripada 7.80/7.782.- Livevartha

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...