Home Ekonomi Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif
Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki peningkatan dalam indeks dolar US (DXY) susulan pasaran bertindak balas terhadap petunjuk bahawa Presiden AS, Donald Trump mungkin akan mengubah pendirian mengenai dasar tarif.

Pada pukul 8.00 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.3970/4100 berbanding dolar US daripada 4.3880/3925 ketika ditutup pada Rabu.

DXY melonjak 0.95 peratus kepada 99.857 mata, manakala hasil Perbendaharaan AS dua tahun naik lima mata asas kepada 3.87 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dilihat reda kerana pentadbiran Trump memberi isyarat ia mungkin menurunkan tarif ke atas import China.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha untuk membawa China kembali ke meja rundingan, walaupun ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan terus meningkat.

\”Sehubungan itu, dolar-ringgit US mungkin diniagakan dalam lingkungan RM4.39 hingga RM4.40 hari ini,\” katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit didagangkan tinggi berbandin mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0701/0796 daripada 3.0925/0959 ketika ditutup pada Rabu, menambah berbanding pound Britain kepada 5.8317/8490 daripada 5.8457/8517 dan melonjak berbanding euro kepada 4.9805/9952 daripada 5.0102/0154.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3478/3515 daripada 3.3523/3579, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0922/1403 daripada 13.1251/1457.

Bagaimanapun, ia turun berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.80 daripada 7.75/7.77 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 260.5/261.5 daripada 260.0/260.5.- Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...