Home Ekonomi Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 3 Januari- Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, meneruskan aliran menurun berikutan tekanan daripada permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.

Pada pukul 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4810 semasa ditutup pada Khamis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata dolar AS semakin memperoleh momentum ketika bermulanya tahun baharu, didorong oleh pelabur yang bersedia terhadap kemungkinan tarif oleh Presiden dipilih AS, Donald Trump, yang boleh melemahkan semua mata wang pertukaran asing (FX) Asia pada peringkat awal.

Beliau berkata daya tahan ekonomi AS menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengekalkan kadar faedah pada Januari.

“Jangkaan ini menambahkan lagi kebimbangan mata wang serantau apabila peserta pasaran bersedia untuk kesan yang lebih luas daripada keputusan dasar perdagangan dan kewangan AS terhadap dinamik mata wang global,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8498/8565 daripada 2.8546/8580 ketika ditutup pada Khamis, dan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.5520/5644 daripada 5.5869/5932.

Ringgit juga naik berbanding euro kepada 4.6047/6150 daripada 4.6336/6387 semasa ditutup semalam.

Sementara itu, mata wang domestik diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2744/2822 daripada 3.2859/2898 ketika ditutup pada Khamis, dan sedikit rendah berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.74 daripada 7.73/7.75.

Ringgit juga susut berbanding baht Thailand kepada 13.0640/0756 daripada 13.0530/0744, dan kurang stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 276.8/277.6 daripada 276.2/276.7 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...