Home Ekonomi Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 14 November – Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4450/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4495 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 106.58 mata selepas laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, yang selaras dengan jangkaan.

Pada masa yang sama, katanya hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun turun sebanyak enam mata asas kepada 4.28 peratus berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada Disember yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun, DXY naik, mencerminkan keutamaan peniaga dan pelabur terhadap dolar AS berbanding mata wang lain. Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6610/6864 daripada 5.6678/6736 pada Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8642/8773 daripada 2.8692/8723 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.7058/7269 daripada 4.7241/7289 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7424/8073 daripada 12.8235/8416 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3170/3321 daripada 3.3244/3280.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.62 daripada 7.57/7.58 semalam dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 282.2/283.6 daripada 281.5/282.0 sebelum ini. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...