Home Ekonomi Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) pada Jumaat lepas, menurut ahli ekonomi.

Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY merosot kepada 107.621 mata selepas melebihi 108 mata pada Jumaat lepas.

“Inflasi PCE pada November yang lebih rendah daripada jangkaan, yang susut kepada 2.4 peratus digabungkan dengan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), mendorong peniaga untuk mengambil keuntungan daripada dolar AS.

“Berdasarkan ini, ringgit boleh mencatat prestasi yang baik berbanding dolar AS hari ini berikutan jualan pada minggu lepas yang agak berlebihan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8749/8809 daripada 2.8747/8779 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding pound kepada 5.6578/6691 daripada 5.6328/6384. Ia turut susut berbanding euro, diniagakan pada 4.6959/7053 daripada 4.6776/6823 sebelum ini.

Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3201/3277 daripada 3.3146/3181 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1199/1617 daripada 13.0670/0861.

Sebaliknya, ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/278.1 daripada 277.7/278.1 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.66/7.67. – Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....