Wednesday , 16 April 2025
Home Ekonomi Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 April- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan itu didorong oleh sentimen berhati-hati pasaran susulan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar tarif AS.

Setakat 8.00 pagi ini, ringgit berada pada 4.4100/4200 berbanding dolar AS, berbanding penutupan Selasa pada 4.4100/4155.

Beliau berkata hala tuju dasar tarif AS itu masih celaru dengan tiada petunjuk jelas sama ada China akan tunduk kepada tekanan AS untuk memulakan rundingan dalam senario perang perdagangan ketika ini.

“Prestasi niaga hadapan ekuiti AS yang negatif juga menunjukkan potensi pendapatan korporat yang lebih lemah di masa akan datang yang berkemungkinan disebabkan oleh impak tarif ke atas China.

“Memandangkan DXY lebih kukuh, gandingan dolar AS-ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.41 hingga 4.42 pada hari ini,\” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain, termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.9815/9928 daripada 4.9996/5.0059 semalam.

Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0818/0890 daripada 3.0852/0895 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8353/8485 daripada 5.8366/8439.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3455/3536 daripada 3.3498/3545 sebelum ini namun susut berbanding baht Thailand kepada 13.1815/2201 daripada 13.1461/1708.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah pada 262.0/262.7 daripada 262.0/262.5 dan susut sedikit berbanding peso Filipina pada 7.76/7.79 daripada 7.76/7.78.- Livevartha

Related Articles

Malaysia destinasi pilihan individu kaya China beli rumah lebih AS juta
Ekonomi

Malaysia destinasi pilihan individu kaya China beli rumah lebih AS$5 juta

MALAYSIA merupakan antara destinasi pilihan orang kaya dari China untuk membeli rumah...

Pasaran buruh dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini
Ekonomi

Pasaran buruh dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini

PEMULIHAN berterusan ekonomi membantu peningkatan sektor pasaran buruh di dalam negara. –...

Ekonomi

Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 15 April- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar...

Ekonomi

MODEC jadikan malaysia hab minyak terapung Asia

FOTO MODECKUALA LUMPUR, 15 April- Malaysia berpotensi menjadi hab pengeluaran minyak terapung...