Home Ekonomi RHB IB Semak Turun Unjuran Inflasi 2024 Kepada 2.1 Peratus
Ekonomi

RHB IB Semak Turun Unjuran Inflasi 2024 Kepada 2.1 Peratus

RHB IB Semak Turun Unjuran Inflasi 2024 Kepada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menyemak turun unjurannya bagi inflasi keseluruhan 2024 Malaysia kepada 2.1 peratus daripada unjuranpada 2.6 peratus sebelum ini.

Bank pelaburan itu turut menjangkakan inflasi teras 2024 pada purata 2.0 peratus.

“Semakan ini berdasarkan impak yang tidak ketara susulanpelarasan harga diesel dan perubahan tarif utiliti terhadap inflasi keseluruhan.

“Unjuran ini juga dipengaruhi oleh penangguhan rasionalisasi subsidi petrol RON95 sehingga akhir 2024 (paling awal), dan kadar inflasi yang lebih perlahan berbanding dengan jangkaan untuktahun ini setakat ini,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Menurut RHB IB, tekanan inflasi masih boleh kawal, dengan inflasi keseluruhan meningkat sebanyak1.8 peratus tahun ke tahununtuk tujuh bulan, berbanding dengan unjuran awal pada 2.1 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama.

“Selain itu, unjuran kami sebelum ini mengambil kira potensi kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan susulansemakan terhadap cukai perkhidmatan, dengan kesan yang dijangkakan sebanyak0.3 hingga 0.6 peratus.

“Pada ketika ini, kesan pelarasan cukai perkhidmatan ke atas inflasi keseluruhan adalah minimum, dengan tiada peningkatan ketara diperhatikan sejak pelaksanaannya pada 1 Mac,” jelasnya.

Oleh itu, inflasi keseluruhan dijangkakan kekal stabil pada 2.0 hingga 2.3 peratus tahun ke tahun bagi baki tempoh tahun ini, dengan mengandaikan penangguhan pelarasan harga bahan api RON95, tambah RHB IB.

Bank pelaburan itu menjelaskan trajektori inflasi akan bergantung kepada garis masa pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dan kuantum pelarasan harganya, potensi peningkatan permintaan bagi pengeluaran sebahagian dana pencen serta kesan sampingan daripada harga komoditi dan makanan global yang tinggi.

Related Articles

Rugi bersih Top Glove mengecil kepada RM3.57j pada suku keempat
Ekonomi

Rugi bersih Top Glove mengecil kepada RM3.57j pada suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) mengumumkan kerugian bersihnya...

Kembalikan GST untuk banteras ekonomi gelap – DPMM
Ekonomi

Kembalikan GST untuk banteras ekonomi gelap – DPMM

GST dijangka mampu membanteras ekonomi gelap.-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk...

Malaysia mampu jadi peneraju tindakan iklim ke arah karbon sifar bersih
Ekonomi

Malaysia mampu jadi peneraju tindakan iklim ke arah karbon sifar bersih

RAFIZI Ramli pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko...

Public Bank ambil alih 44.15% saham LPI Capital pada RM1.72b
Ekonomi

Public Bank ambil alih 44.15% saham LPI Capital pada RM1.72b

TAY Ah Lek (kiri), dan Teh Li Shian Diona bertukar dokumen perjanjian...