Home Ekonomi Rehda Harap Lebih Banyak Penyelesaian Bersasar Penuhi Keperluan Rumah Mampu Milik
Ekonomi

Rehda Harap Lebih Banyak Penyelesaian Bersasar Penuhi Keperluan Rumah Mampu Milik

Rehda Harap Lebih Banyak Penyelesaian Bersasar Penuhi Keperluan Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) berharapkanlebih banyak penyelesaian bersasar berbanding pendekatan satu penyelesaian untuk semua bagi memenuhi keperluan rumah mampu milik.

PresidennyaDatuk Ho Hon Sang berkata walaupun terdapat syarat-syaratmandatori yang berbeza antara negeri, cabaran yang perlu ditanganiadalah penawaran dan permintaan yang tidak sepadan.

“Kita komited untuk menyediakan rumah mampu milik tetapi tumpuan harus diberikan kepada lokasi yang betul.

"Sesetengah kawasan memerlukan lebih banyak unit sedemikian manakalakawasanlain kurang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini susulan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pelaksanaankonsep perumahan MADANI untuk memenuhi keperluan penjawat awam dan perumahangolongan B40 dan M40.

Menurut laporan terbaharu Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), 28.6 peratus rumah siap belum terjualdi Malaysia pada suku pertama 2024 (S1 2024) berharga di bawah RM300,000.

Ho berkata satu lagi cabaran utama adalah kenaikan kos.

Tinjauan Industri Hartanah Rehda Separuh Kedua 2023 dan Tinjauan Pasaran bagi2024 yang dikeluarkan pada Mac 2024 menunjukkanpurata kenaikan kos menjalankan perniagaan adalah kira-kira 15 peratus pada suku kedua2023 berbanding 13 peratus pada suku kedua2022.

Beliau berkatapemaju memberi subsidi silang perumahan mampu milik,yang menaikkan harga unit pasaran bebas, untuk mengekalkan harga rumah mampu milik di bawah kos pembinaan.

“Syarat-syarat yang dicadangkan, iaitu satu atau dua blok penuh perlu dijadikan perumahan MADANI dan bukannya peratusan yang ditetapkan, sudah tentunyaakan menyebabkanharga pasaran bebas terus meningkat lagibagi mereka yang tidak layak untuk perumahan mampu milik,” kata Ho.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...