Home Ekonomi Pulau Pinang Pamer Prestasi Ekonomi Memberangsangkan – Jabatan Perangkaan
Ekonomi

Pulau Pinang Pamer Prestasi Ekonomi Memberangsangkan – Jabatan Perangkaan

Pulau Pinang Pamer Prestasi Ekonomi Memberangsangkan – Jabatan Perangkaan

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

GEORGE TOWN, 5 Ogos (Livevartha) — Pulau Pinang mempamerkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dan kekal sebagai penyumbang keempat tertinggi sebanyak 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional pada 2023.

Ketua Perangkawan MalaysiaDatuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Pulau Pinang merekodkan pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus atau RM116.0 bilion pada 2023 berbanding RM112.3 bilion tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan ekonomi negeri ini dipacu oleh sektor perkhidmatan yang berkembang 6.0 peratus, didorong oleh subsektor berkaitan pelancongan seperti perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan.

“Bagi prestasi KDNK per kapita, Pulau Pinang merekodkan RM72,586 pada2023, meningkat berbanding RM69,789 tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Dari segi pelaburan, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan yang diluluskan tertinggi di Malaysia pada2023 bernilai RM71.9 bilion (2022: 16.3 bilion), merangkumi RM61.7 bilion pelaburan asing yang menyumbang 85.8 peratus daripada jumlah keseluruhan, manakala RM10.2 bilion lagi melalui pelaburan domestik,” katanya.

Beliau menyatakan sektor pembuatan yangmerupakan penyumbang kedua terbesar ekonomi Pulau Pinang menerima pelaburan memberangsangkan bernilai RM63.4 bilion, merangkumi RM60.1 bilion pelaburan asing dan RM3.3 bilion pelaburan domestik sekali gus berupaya merancakkan ekonomi setempat seterusnya mewujudkan banyak peluang pekerjaan baharu.

Selain itu, seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta prestasi pelaburan yang menggalakkan, pasaran buruh di Pulau Pinang terus mengukuh dengan bilangan tenaga buruh seramai 926,200 orang, meningkat 3.4 peratus berbanding tahun sebelum (895,600orang) manakala bilangan penduduk bekerja juga meningkat kepada 905,600orang (2022: 871,000orang).

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) meningkat sebanyak 1.2 mata peratus daripada 70.1 peratus kepada 71.3 peratus pada2023 dan pada masa sama, kadar pengangguran semakin baik, iaitu menurun kepada 2.2 peratus daripada 2.7 peratus pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan jumlah perdagangan tertinggi di Malaysia bernilai RM697.7 bilion dengan nilai eksport dan import masing-masing RM447.4 bilion dan RM250.3 bilion dengan eksport barangan utama adalah litar elektronik bersepadu, barangan elektrik dan elektronik yang lain serta kristal piezo elektrik dan alat ganti yang meliputi 63.3 peratus kepada eksport keseluruhan negeri itu.

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...