Thursday , 5 December 2024
Home Ekonomi Pulau Pinang Antara Pelabuhan Persinggahan Bagi Oceania Cruises Pada 2025
Ekonomi

Pulau Pinang Antara Pelabuhan Persinggahan Bagi Oceania Cruises Pada 2025

Pulau Pinang Antara Pelabuhan Persinggahan Bagi Oceania Cruises Pada 2025

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wong Hon Wai (kiri), Pengarah Urusan Xpedition Travel Sdn Bhd, Chanet Ham (kanan) dan Oceania Cruise Director of Sales, Asia Constance Seck (tengah) melakukan simbolik pelancaran Oceania Cruise.

GEORGE TOWN, 11 Ogos(Livevartha) — Kapal persiaranOceania Cruises yang terkenal kerana menawarkan pelayaranmewah ke beberapa destinasi pelancongan terkemuka dunia dijadualbelayarmerentasi Asia termasuk Pulau Pinang pada 2025.

Pengerusi JawatakuasaPelancongan dan Ekonomi Kreatif negeriWong Hon Wai berkata Pulau Pinang berbangga apabila disenaraikansebagai satu daripada pelabuhan persinggahan Oceania Cruise dalampelayarannya merentasi Asia tahun depan.

Beliau berkata pemilihan tersebut merupakan peristiwapenting bagisektor pelancongan Pulau Pinangsekali gusmembantu negeri itu lebih dikenali di peringkat dunia.

“Pelayaran kapal persiaran ini akan membawa lebih 1,250 penumpang ke pelbagai destinasi ikonik termasuk Singapura, Hong Kong, Tokyo, Shanghai dan sudah pastinyaPulau Pinang.

“Terletak strategik di Asia Tenggara, Pulau Pinang telah sekian lama menjadidestinasi utama bagi kapal persiaran dan apabila dipilih oleh Oceania Cruises ia membuktikan tarikan unik pulau inidan pengalaman luar biasa yang kita tawarkan,” katanya pada sidang media mengalu-alukan Oceania Cruises oleh Xpedition Travel di sini hari ini.

Wong berkata Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier(SPCT) memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan pelancongan bagi segmen kapal peranginan di negeri itu.

Beliau berkata pada2023 sahaja, SPCT telah menerima sejumlah573,178 penumpang transit antarabangsa dan 175,532 penumpang tempatan.

“Jumlah yang memberangsangkan inimencerminkan kapasititerminal tersebutmengendalikan penumpang dalam jumlah besar dengan efisiensekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai hab maritim utama di rantau ini.

“Penambahbaikan kemudahan terminal baru-baru initermasuk melebarkan dermaga dan meningkatkan kemudahan penumpang jugameletakkan SPCT sebagai satu daripada terminal kapal peranginan utama,” katanya.

Related Articles

Penguasaan pasaran 10 bank tempatan naik kepada 82.4% pada suku ketiga
Ekonomi

Penguasaan pasaran 10 bank tempatan naik kepada 82.4% pada suku ketiga

PETALING JAYA: Penguasaan pasaran 10 bank tempatan meningkat kepada 82.4 peratus dengan...

Nilai pembinaan cecah RM183.7 bilion, tertinggi sejak 2016
Ekonomi

Nilai pembinaan cecah RM183.7 bilion, tertinggi sejak 2016

PETALING JAYA: Penawaran kontrak daripada sektor swasta dan awam aktif dijalankan setakat...

Ekonomi

Indeks kesejahteraan rakyat meningkat 0.7 peratus pada 2023

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus pada 2023,...

Ekonomi

Harga EV pertama Perodua dijangka RM50,000 hingga RM90,000

Perodua bakal menawarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada harga mampu milik antara...