Home Ekonomi PTPTN umum dividen tertinggi 10 tahun bagi simpan SSPN, 4.05%
Ekonomi

PTPTN umum dividen tertinggi 10 tahun bagi simpan SSPN, 4.05%

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir

PUTRAJAYA, 30 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2024 sebanyak 4 .05 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pemberian dividen Simpan SSPN ini akan memberi manfaat kepada 6.77 juta akaun pendeposit melibatkan peruntukan berjumlah RM439.87 juta.

\”Untuk tahun 2024 jumlah simpanan atau deposit berjumlah sebanyak RM3.17 bilion berbanding dengan tahun 2023 sebanyak RM3.15 billion iaitu tambahan sebanyak RM24.3 juta berbanding tahun 2023, apa yang paling menarik ialah minat tabungan di kalangan masyarakat Malaysia kepada SSPM ini terus meningkat,\” kata Dr. Zambry.

Beliau berucap pada Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2024 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2025, di sini.

Tambah beliau, sebanyak 500,00 akaun baharu telah dibuka sepanjang tahun 2024.

Agihan dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN mulai 2 Mei ini.

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...