Home Ekonomi PTP Catat Rekod Baharu, Kendali 1.11 Juta TEU Pada Julai
Ekonomi

PTP Catat Rekod Baharu, Kendali 1.11 Juta TEU Pada Julai

PTP Catat Rekod Baharu, Kendali 1.11 Juta TEU Pada Julai

Kredit: Port Of Tanjung Pelepas (PTP)

JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Livevartha) — Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama antara MMC Group dan APM Terminalsyang berpangkalan di Belanda telah mencipta rekod baharu dengan mengendalikan 1.11 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu bulantanpa mengalami sebarang kesesakan pada bulan Julai.

PTP dalam satu kenyataan hari ini berkatapencapaian itu melepasi rekod sebelumnya iaitu 1.07 juta TEU dicatatkan pada Mei tahun ini.

“Ia bukan sahaja menjadikan PTP pelabuhan pertama di Malaysia mencapai kecemerlangan tetapi juga mengukuhkan status PTP sebagai salah satu hab maritim dan pemunggahan kargo terkemuka di peringkat serantau dan global.

“Keupayaan kami untuk mencapai prestasi terbaik ini tanpa sebarang kesesakan mengukuhkan peranan PTP sebagai penghubung yang sangat diperlukan dalam rantaian bekalan global,” kata Pengerusi PTP Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Ketua Pegawai EksekutifnyaMark Hardiman pula berkata pencapaian iperlu diberi perhatian memandangkan prestasi mampan pelabuhan yang mengendalikan lebih satu juta TEU selama tiga bulan berturut-turut sejak Mei tahun ini, padaJun PTP mengendalikan 1.04 juta TEU.

“Perjalanan PTP ini dipenuhi cabaran tetapi pada masa sama iajuga telah membentuk ketahanandan keazaman kami.

"Asas kejayaan kami terletak pada tumpuan utama PTP terhadap kakitangan, teknologi dan pemprosesan dengan keselamatan sebagai nilai teras kami sertapelanggan kami di sebaliksegala yang kami lakukan," katanya.

Kesesakan pelabuhan yang ketara merentasi benua dan wilayah yang berbeza telah menjadi isu global, mengakibatkan kelewatan dalam penjadualan kapal dan gangguan serius kepada rantaian bekalan global.

Selain itu, ia jugamenyebabkan peningkatan kos dan tekanan inflasi yang menjejaskan pengangkut kontena, pelabuhan danpengguna.

Related Articles

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’
Ekonomi

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

Pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ MBSB Bank, Asrolhisyam Mohd Alias...

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Ekonomi

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS bilion pada 2025
Ekonomi

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS$50 bilion pada 2025

PETALING JAYA: Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global...

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik
Ekonomi

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

LIEW Chin Tong (tengah) bersama Linda Yip (dua dari kanan) dan Ketua...