Home Ekonomi Proton berjaya jual 152,352 unit kenderaan pada 2024
Ekonomi

Proton berjaya jual 152,352 unit kenderaan pada 2024

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Proton mengakhiri tahun 2024 dengan jualan sebanyak 152,352 unit bagi domestik dan eksport.

Jualan sebanyak 14,601 unit pada Disember menunjukkan peningkatan sebanyak 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menerusi kenyataan, syarikat itu berkata prestasi cemerlang ini dicapai selepas 12 bulan persaingan sengit bagi jenama automotif nasional.

Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk 2024 dianggarkan mencapai 813,521 unit.

Proton Saga menjadi model yang terlaris bagi 2024 dengan jualan sebanyak 72,769, iaitu peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dengan TIV yang melepasi 800,000 unit untuk pertama kali, pihaknya mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia, sekali gus meraih 18.7 peratus bahagian pasaran.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....