Home Ekonomi Prestasi eksport Malaysia kekal di landasan kukuh terutama produk E&E
Ekonomi

Prestasi eksport Malaysia kekal di landasan kukuh terutama produk E&E

Kerajaan MADANI membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh serta mempelbagaikan produk dan pasaran eksport negara

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Prestasi eksport Malaysia kekal di landasan kukuh, khususnya eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) yang masih mengekalkan momentum pertumbuhan menggalakkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara itu berdasarkan pemerhatian awal.

\”Produk E&E merupakan eksport utama yang menyumbang hampir 60% daripada keseluruhan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) iaitu RM119.9 bilion. Walaupun sekarang dikecualikan, kita harus pantau dengan teliti kerana apa-apa keputusan melibatkan E&E import ke AS tentunya akan menjejaskan pengeluaran bidang semikonduktor E&E di Malaysia,\” katanya pada sesi penerangan mengenai impak tarif yang dilaksana AS di Dewan Rakyat.

Jelas beliau lagi, menerusi segala ikhtiar reformasi struktur yang giat dilaksanakan, Kerajaan MADANI telah membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh serta mempelbagaikan produk dan pasaran eksport negara.

Ini bagi memastikan negara tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pasaran mahupun produk yang terdedah kepada kejutan luar.

Menurut Datuk Seri Anwar, jika dilihat daripada perspektif eksport Malaysia ke AS, impaknya dijangka terkawal.

Bagaimanapun, isu yang memprihatinkan Malaysia sebagai ekonomi terbuka adalah impak dasar AS ke atas ekonomi global.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...