Home Ekonomi Pos Malaysia lancar Pos Shop ke-36
Ekonomi

Pos Malaysia lancar Pos Shop ke-36

Pos Malaysia lancar Pos Shop ke-36

FIONA Liao (tiga dari kiri) bersama Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching (empat dari kiri) pada majlis pembukaan Pos Shop ke-36 di sini hari ini.

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional melancarkan pembukaan Pos Shop ke-36 di seluruh negara dan menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan transformasi peruncitan mereka. 

Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao berkata, pelancaran  itu menandakan satu lonjakan yang mengujakan dalam misi merevolusikan perkhidmatan pos dalam era digital. 

“Kami sangat teruja dengan pelancaran Pos Shop Pudu yang melambangkan dedikasi kami untuk memperbaharui pengalaman pelanggan. 

“Sejak melancarkan Pos Shop pertama di Jalan Medan Tuanku pada Mei 2023, kami telah menyaksikan peningkatan purata sebanyak 34 peratus dengan jumlah pengunjung di pejabat pos yang berkaitan. 

“Kejayaan ini membuktikan konsep peruncitan inovatif kami yang menggabungkan perkhidmatan pos tradisional dengan kemudahan moden,” katanya dalam kenyataan. 

Pos Shop baharu itu memperkenalkan konsep ‘Shop in Shop’ yang inovatif ke pasaran, mewakili perubahan besar dari model tradisional. 

“Reka bentuk inovatif ini menempatkan pejabat pos di dalam Pos Shop, menawarkan pengalaman runcit yang segar dan kontemporari, walaupun Pos Shop asal diintegrasikan dalam pejabat pos. 

“Pos Shop yang berkeluasan lebih 900 kaki persegi, menawarkan pelbagai pilihan untuk pelanggan, termasuk Pos Kafe popular dengan pelbagai pilihan makanan termasuk kopi, minuman dan makanan segera. 

“Kedai ini juga menjual barangan keperluan harian, produk penjagaan diri dan isi rumah yang benar-benar mewujudkan penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat,” katanya. 

Melangkah ke hadapan, Pos Malaysia merancang mempercepatkan pengembangannya dengan sasaran untuk menubuhkan lagi 14 cawangan Pos Shop di negeri-negeri utama menjelang akhir 2024.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 buah kedai di seluruh Malaysia.-UTUSAN

Related Articles

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini
Ekonomi

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini

ERIC TANPETALING JAYA: Catcha Digital Berhad optimis untuk mencatatkan pertumbuhan organik dua...

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...