Home Ekonomi PNB umum dividen ASB 5.75 sen seunit, paling tinggi dalam lima tahun
Ekonomi

PNB umum dividen ASB 5.75 sen seunit, paling tinggi dalam lima tahun

Foto FB PNB

KUALA LUMPUR, 24 Disember– Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit, bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Jumlah itu meliputi pengagihan pendapatan, 5.5 sen seunit dan bonus, 0.25 sen seunit.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

Kenyataan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memaklumkan, agihan dividen tahun ini lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit pada tahun 2023.

Ini menjadikannya, agihan paling kukuh dalam tempoh lima tahun.

Syarikat induk kepada ASNB itu menyatakan, prestasi lebih baik didorong impak positif daripada strategi kepelbagaian aset.

Selain itu, ia turut disokong faktor pasaran ekuiti awam Malaysia yang kukuh, dipacu pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan ringgit.

Transaksi menerusi cawangan dan ejen, meliputi semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan digantung sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024.

Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...