Home Ekonomi PM Anwar Bertemu Putin Beberapa Minggu Lagi, Bincang Kerjasama Ekonomi
Ekonomi

PM Anwar Bertemu Putin Beberapa Minggu Lagi, Bincang Kerjasama Ekonomi

PM Anwar Bertemu Putin Beberapa Minggu Lagi, Bincang Kerjasama Ekonomi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) ketika tiba pada Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank, hari ini.

PETALING JAYA, 2 Ogos (Livevartha) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Anwar berkata pertemuan itu bertujuan membincangkan kerjasama ekonomi bersama negara berkenaan di samping mengekalkan hubungan baik di antara kedua-dua negara.

“Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok untuk menerima undangan Presiden Putin bagi membincangkan kerjasama ekonomi, meletakkan kita sebagai negara yang mempertahankan pendirian kita yang bebas dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pelancaran Ibu Pejabat GXBank Bhd dan pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini.

Pada 28 Julai lepas, Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya yang antara lain membincangkan hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, Anwar dan Lavrov turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Rusia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan.

— Livevartha

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...