Wednesday , 12 March 2025
Home Ekonomi PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi
Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd Sukor / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Februari-Usahawan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro disarankan meningkatkan produktiviti seiring dengan kenaikan gaji tanpa terlalu bergantung kepada tenaga kerja manual.

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd Sukor berkata langkah itu membolehkan sektor PKS mengimbangi kenaikan kos operasi.

Menurutnya, inisiatif itu turut membolehkan usahawan-usahawan kecil ini kekal relevan dengan menghasilkan produk yang lebih kompetitif untuk dijual.

\”Apa yang mereka boleh buat adalah pertama membuat kerja yang lebih fleksibel. contohnya mereka boleh guna pekerja bila mereka perlukan atau seperti separuh masa atau hybrid.

\”Ini adalah satu usaha mereka boleh lakukan untuk mengurangkan kos operasi Kedua, mereka juga boleh gunakan teknologi untuk mengurangkan bilangan pekerja\”, katanya ketika ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Dalam perkembangan yang sama beliau turut menekankan pekerja juga perlu bergerak seiring dengan langkah kenaikan gaji dengan meningkatkan kemahiran.

\”Bila mereka meingkatkan kemahiran contohnya, bila gaji ditingkatkan mereka sepatutnya meningkatkan kemahiran mereka agar syarikat-syarikat besar akan mengambil mereka bekerja.

\”Ini memberi peluang mereka meningkatkan peluang kerjaya mereka dan mendapat gaji yang lebih tinggi\”, katanya.

Sektor PKS merangkumi 1.9 juta daripada 2 juta majikan di negara ini.

Related Articles

Ekonomi

Indeks Dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 12 Mac– Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat...

Ekonomi

LTAL dinobat Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik

Foto Hiasan / BernamaKUBANG ROTAN, 12 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi...

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025
Ekonomi

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025

TRAJEKTORI inflasi 2025 akan dipengaruhi oleh penyesuaian dasar domestik dan faktor-faktor luaran.PETALING...

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion
Ekonomi

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion

PETALING JAYA: Program visa Malaysia My Second Home (MM2H) yang dipinda pada...