Home Ekonomi PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari kiri) pada Mesyuarat Lembaga Pengarah LuMIC Development Sdn. Bhd. (LuMIC DevCo) yang telah berlangsung di Antwerp baru-baru ini.

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) memperkukuhkan semula komitmen bagi inisiatif pembangunan strategik Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) sebagai sebuah kawasan pembangunan perindustrian maritim Asia Tenggara yang berdaya saing di peringkat global.

Pengesahan komitmen ini dibuat susulan Mesyuarat Lembaga Pengarah LuMIC Development Sdn. Bhd. (LuMIC DevCo) yang telah berlangsung di Antwerp baru-baru ini yang melibatkan penyertaan kedua-dua pihak berkepentingan itu. 

Mesyuarat tersebut diadakan bagi menilai kemajuan semasa serta merangka strategi bagi fasa pelaksanaan seterusnya. 

Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq berkata, PoABI memainkan peranan penting dalam asas pembentukan bagi wawasan jangka panjang dan pelan induk LuMIC.

“Kerjasama ini mencerminkan wawasan bersama dalam membangunkan laluan maritim yang berdaya saing dan berdaya tahan untuk masa depan, yang mampu memberikan impak sosioekonomi kepada rakyat Perak, di samping meletakkan Malaysia di peta perdagangan,” katanya dalam kenyataan.

Sejak termeterainya kerjasama strategik antara POABI dan PKNPk pada tahun 2023 melalui LuMIC Development Sdn. Bhd., kedua-dua pihak telah merangka pelan induk komprehensif LuMIC yang memberi fokus kepada pelaksanaan program pemindahan pengetahuan serta inisiatif menarik pelabur utama dalam industri maritim global. 

Usaha sama ini telah membentuk LuMIC sebagai sebuah bandar raya perindustrian laut dalam yang progresif, menggabungkan elemen kelestarian, ketahanan dan daya saing serantau demi pertumbuhan mampan dan berimpak tinggi, selari dengan strategi EU-ASEAN Global Gateway.

Ahli Lembaga LuMIC DevCo yang mewakili PoABI, Philippe Droesbeke berkata, sebagai pihak kepentingan, pihaknya terus memberikan komitmen penuh kepada agenda pembangunan LuMIC, bukan sahaja sebagai penasihat teknikal, tetapi sebagai rakan kerjasama strategik jangka panjang untuk memanfaatkan potensi penuh LuMIC.

“Peranan kami adalah menjadikan wawasan ini satu kenyataan daripada konsep kepada pelaksanaan.

“Ini adalah untuk memastikan LuMIC memenuhi piawaian global dan pada masa yang sama membantu menggalakkan pertumbuhan tempatan yang inklusif,” ujarnya.

Inisiatif LuMIC ini adalah berpaksikan kepada aspirasi Perak Sejahtera 2030, pelan hala tuju pembangunan jangka panjang negeri Perak dan membentuk teras program Flagship 13: Hab Pelabuhan dan Maritim. 

Projek ini dijangka menjadi pemangkin pelaburan meliputi pelbagai sektor termasuk tenaga, pembuatan, logistik dan infrastruktur digital. – UTUSAN 

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

Sistem MyInvois e-POS bantu PMKS tingkat operasi 
Ekonomi

Sistem MyInvois e-POS bantu PMKS tingkat operasi 

SHAHARRUDY OTHMANCYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan Sistem MyInvois e-POS, iaitu...