Saturday , 28 December 2024
Home Ekonomi Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025
Ekonomi

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman perniagaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 6.4 peratus pada 2025, berbanding anggaran 5.4 peratus pada 2024, menurut TA Securities. 

Firma penyelidikan berkata, peningkatan itu didorong dengan pinjaman pengguna kekal sebagai pemacu utama, disokong oleh pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan, dasar-dasar yang menyokong dan permintaan pengguna yang stabil. 

“Pinjaman perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga dijangka meningkat, dipacu oleh aktiviti yang kukuh dalam sektor pembuatan, teknologi dan pembinaan.

“Dengan itu, kami meramalkan pertumbuhan pendapatan faedah bersih (NII) yang sihat sebanyak 5.3 peratus dan 5.1 peratus tahun ke tahun pada tahun kewangan 2025  dan tahun kewangan 2026 masing-masing, dipacu oleh pertumbuhan pinjaman yang lebih baik dan margin faedah bersih (NIM) yang stabil. 

“Malah, pendapatan dari operasi perbankan Islam dijangka meningkat sebanyak 6.3 peratus dan 6.7 peratus tahun ke tahun dalam tempoh yang sama,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Firma penyelidikan berkata, NIM di seluruh sektor dijangka meningkat sebanyak satu hingga lima mata asas, disokong oleh penurunan tekanan kos pembiayaan dan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus. 

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa risiko negatif terhadap NIM, seperti persaingan yang meningkat dalam hasil aset dalam sektor-sektor tertentu. 

“Pada pandangan kami, cadangan BNM untuk menghapuskan Peraturan 78 berpotensi untuk mengurangkan NIM bagi bank-bank,” katanya. 

Sementara itu, pendapatan bukan faedah (non-NII) dijangka berkembang sebanyak 9.1 peratus pada tahun kewangan 2025 dan 9.8 peratus pada tahun kewangan 2026, disokong oleh ketidaktentuan pasaran yang berterusan, permintaan pinjaman yang meningkat, serta produk bancassurance dan pengurusan kekayaan dan peningkatan yang stabil dalam aktiviti pasaran modal. 

“Bank-bank yang mempunyai unit perbankan pelaburan yang kukuh berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan trajektori kenaikan ini.

“Kualiti aset sektor perbankan kekal kukuh, dengan jumlah pinjaman bermasalah menurun kepada RM30.9 bilion pada Oktober 2024 dan pinjaman bermasalah pengguna serta perniagaan menunjukkan kestabilan,” katanya. 

Selain itu, TA Securities berkata, prospek untuk peruntukkan dijangka terus bertambah baik, dengan andaian kredit kasar yang lebih rendah pada tahun kewangan 2025 dan tahun kewangan 2026. 

“Bank-bank di bawah liputan kami masih mempunyai lebihan pengurusan terkumpul berjumlah sekitar RM7.6 bilion. 

“Sistem perbankan Malaysia juga kekal bermodal kukuh dan disokong oleh kecairan yang mencukupi. Kadar Ekuiti Tier 1 dan Nisbah Modal Keseluruhan sektor ini berada pada 14.4 peratus dan 18.0 peratus,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan
Ekonomi

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan

PEMANDANGAN dari udara bangunan Merdeka 118. PETALING JAYA: Pengagihan pendapatan sebanyak 5.75...

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025
Ekonomi

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025

MENARA Bank IslamPETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menetapkan sasaran...

Ekonomi

Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

Dr. Zokhri IdrisKUALA LUMPUR, 26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya,...

Ekonomi

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, pengukuhan pasaran minyak serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 26 Disember– Pasaran getah tempatan ditutup pada paras tertinggi...