Home Ekonomi Petronas Tamatkan Operasi Di Sudan Selatan
Ekonomi

Petronas Tamatkan Operasi Di Sudan Selatan

Petronas Tamatkan Operasi Di Sudan Selatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) –Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan menamatkan operasinya di Sudan Selatan yang dikendalikan oleh anak syarikatnya,PetronasCarigali Nile Ltd (PCNL).

Dalam kenyataan di laman sesawangnya pada Rabu, syarikat minyak dan gas negara itu berkata keputusan berkenaansusulan daripada pelaksanaaninisiatif dua tahun membabitkanusaha pelupusan sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang Petronas.

“Ini juga seiringpersekitaran industri yang berubah sertaperalihan tenaga yang dipercepat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PCNL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam memastikan proses peralihan berjalan lancar selain mengambil kira hak pekerjanyaselaras dengan undang-undang yang digunapakai, perjanjian petroleum serta dasar dan prosedur Petronas.

KehadiranPCNL dalam industri minyak dan gas di Sudan Selatan adalah berdasarkan modelsyarikat operasi bersama (JOC) dengan kepentingan dalam tiga JOC iaitu Dar Petroleum Operating Co Ltd, Greater Pioneer Operating Co Ltd dan Sudd Petroleum Operating Co Ltdyang ditubuhkan PCNL bersamakontraktor perjanjian cari gali dan perkongsian pengeluaran lain.

Maklumat di laman sesawang Petronas menyatakan syarikat minyak dan gas itu menerusi PCNL telah beroperasi di Sudan Selatansejak 2011.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...