Home Ekonomi Petronas, Petrovietnam percepat usaha sama petroleum
Ekonomi

Petronas, Petrovietnam percepat usaha sama petroleum

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

HANOI, 26 Februari – Malaysia komited memperkukuh kerjasama dengan Vietnam dalam sektor petroleum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) akan mempercepatkan kerjasama dalam sektor tenaga itu di Vietnam.

\”Ada beberapa rencana yang perlu dipercepatkan. Sebagai contoh, projek Petronas Petrochemical Vietnam yang bernilai berbilion ringgit dijangka memberikan pulangan yang baik kepada Malaysia.

\”Justeru, saya telah meminta Presiden Petronas, Tan Sri Tengku Taufik, untuk hadir bersama Pengerusi Petrovietnam bagi menyegerakan perjanjian yang diharap dapat dimeterai pada Mei ini,\” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja beliau ke Vietnam, hari ini.

Vietnam merupakan rakan dagang ke-11 terbesar Malaysia pada tahun lalu menyumbang 2.9 peratus bahagian daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...

Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada...

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik
Ekonomi

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik

PETALING JAYA: UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), anak syarikat milik penuh dan...

Ekonomi

Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 12 Mac – Sistem Akaun Negara 2025...