Home Ekonomi Petronas dijangka kekal komited bayar dividen RM32 bilion tahun ini
Ekonomi

Petronas dijangka kekal komited bayar dividen RM32 bilion tahun ini

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ Livevartha

KAJANG, 26 Februari– Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka kekal komited membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tiada pengurangan pembayaran dividen daripada firma minyak dan gas nasional itu, setakat ini.

\”Saya fikir komitmen daripada Petronas masih pada tahap RM32 bilion dan akan dibayar untuk tahun ini. Tetapi, seperti mana perniagaan yang lain, bila ada kenaikan atau penurunan, apa sahaja kapasiti kewangan yang ada, kita tengok pada tahun depan sebab dividen adalah berdasarkan prestasi tahun lalu\”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Tahun 2024.

Mengenai cadangan jumlah dividen bagi tahun hadapan, jelasnya ia bergantung pada prestasi Petronas dan pasaran minyak global.

Petronas telah membayar dividen sebanyak RM32 bilion kepada kerajaan berdasarkan prestasi pada tahun kewangan 2024.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...