Home Ekonomi Pesawat A330neo pertama perkukuh kedudukan dalam sektor penerbangan
Ekonomi

Pesawat A330neo pertama perkukuh kedudukan dalam sektor penerbangan

Ketibaan pesawat A330neo pertama Malaysia dijangka memperluaskan laluan penerbangan negara / Foto Hiasan / Bernama

SEPANG, 19 Disember – Ketibaan pesawat A330neo pertama Malaysia dijangka memperluaskan laluan penerbangan negara sekali gus mengukuhkan kehadiran Malaysia dalam sektor penerbangan global.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pesawat baharu itu bakal membantu Malaysia Airlines Berhad (MAB) meluaskan operasi penerbangan ke lapangan terbang utama di peringkat antarabangsa, khususnya di Eropah.

\”Pada masa ini, kita tidak mempunyai penerbangan ke Eropah sepenuhnya. London tidak dianggap sebahagian daripada Eropah. Jadi, kami berharap agar penerbangan ke Eropah dapat kembali direalisasikan tidak lama lagi, mungkin seawal tahun depan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pesawat A330neo pertama Malaysian Aviation Group (MAG) di Kompleks Kejuruteraan MAB, di sini.

Anthony turut menyatakan keyakinan bahawa perancangan tersebut akan menyokong visi negara untuk meningkatkan hubungan penerbangan serta memacu sektor pelancongan.

Menurut beliau, peranan MAG adalah penting dalam mencapai matlamat menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan utama bertaraf dunia.

Penerbangan sulung pesawat A330neo itu dijadualkan berlepas malam ini dari Kuala Lumpur menuju ke Melbourne.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....