Home Ekonomi Pesanan tertunggak dijangka pacu jualan kenderaan
Ekonomi

Pesanan tertunggak dijangka pacu jualan kenderaan

Pesanan tertunggak dijangka pacu jualan kenderaan

JANGKAAN TIV tahun ini dijangka cecah 800,000 unit.

PETALING JAYA: Sektor automotif Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat 2024 berikutan pesanan tertunggak yang tinggi dan kerancakan aktiviti promosi selepas jualan dari bulan ke bulan.

Justeru, Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menaik taraf unjuran jumlah volum industri (TIV) kepada 800,000 unit, paras yang sama seperti 2023, memetik tempahan tertunggak yang berterusan dan aktiviti jualan yang agresif.

“Kami menjangkakan volum jualan akan kekal pada bulan-bulan akan datang disebabkan oleh pesanan tertunggak yang masih tinggi untuk Perodua dan kempen jualan yang lebih agresif dilancarkan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Bagaimanapun, HLIB mengekalkan pendirian “neutral” terhadap sektor itu, menekankan risiko jangka pendek seperti peningkatan persaingan daripada pengeluar peralatan asal (OEM) China yang menawarkan harga dan ciri yang menarik.

Sementara itu, RHB Investment juga mengekalkan panggilan “neutral” selain mengekalkan unjuran TIV pada 790,000 unit, mencerminkan penguncupan satu peratus tahun ke tahun.

“Jualan suku keempat boleh menjadi lemah boleh dari tahun ke tahun disebabkan normalisasi jualan tertunggak.

“Oktober 2024 menunjukkan TIV meningkat semula 20 peratus bulan ke bulan kepada 69,900 unit selepas September yang perlahan disebabkan penyelenggaraan kilang dan hari bekerja yang lebih singkat.

“September mencatatkan TIV sebanyak 58,032, iaitu 15 peratus lebih rendah dari tahun ke tahun dan 18.45 peratus lebih rendah dari Ogos.

“Pemulihan Oktober didorong oleh jadual pengeluaran penuh, promosi akhir tahun dan permintaan yang berterusan untuk model utama,” katanya.

Walaupun begitu, firma itu berkata, TIV merosot sembilan peratus pada Oktober, mencerminkan pesanan tertunggak yang normal.

“Untuk 10 bulan pertama 2024, TIV mencapai 664,000 unit, menandakan pertumbuhan 2.3 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru- baru ini menyemak semula unjuran TIV kepada 800,000 unit, memetik permintaan kukuh untuk model Perodua dan Proton, dengan Perodua sahaja menyumbang 100,000 pesanan tertunggak.

Bagaimanapun, sekor itu berdepan beberapa risiko termasuk pesanan yang lebih lemah daripada jangkaan, kelewatan penghantaran dan gangguan rantaian bekalan. – UTUSAN

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...